Ocean Beats
Sayang tunggu
[Chorus]
Sayang tolong tunggu dulu
Jangan pergi dari hidupku
Kau tahu aku mahukan kamu
Dan kamu pun mahukan aku

[Verse 1]
Selagiku berdaya
Akan aku bertahan
Walaupun ku tak kaya
Ku tahu ku mampu bertahan

Bertahan dari apa yang akan ku hadapi
Akan ku cuba walau gayanya macam mustahil
Aku akan cuba untuk merentasi
Walaupun aku terpaksa telan banyak pil

Kerna dirimu yang aku tuju
Dan aku akan pastikan dunia setuju
Bila aku bersama dengan dirimu
Semuanya terbaik apa yang ku laku


[Chorus]
Sayang tolong tunggu dulu
Jangan pergi dari hidupku
Kau tahu aku mahukan kamu
Dan kamu pun mahukan diri aku
[Verse 2]
Buat apa kita nak takut
Kita sama sekali pandang dah tersangkut
Almaklumlah cinta pandang pertama
Dalam kepala terus bayang kalau bersama

Bila bersama ku yakin tiada lagi dilema
Apa yang meresahkan tiada lagi diminda
Apa yang terpahat hanya saat kita bersama
Lepak bawah pokok tepi sungai sambil minum air miranda

Bergurau senda dengan mu buat ku rasa senang
Ku ingin jerit pada dunia bahawa aku dah menang
Menang bagi aku berjaya happykan kamu
Walau tiada anugerah aku mahu banggakan kamu

[Pre-Chorus]
Sayang  tunggu dulu sayang  tunggu dulu
Aku mahukan kamu mahukan kamu

[Chorus]
Sayang tolong tunggu dulu
Jangan pergi dari hidupku
Kau tahu aku mahukan kamu
Dan kamu pun mahukan diri aku