Zizi Kirana
Pendekar Pena
[Intro]
All I knew about him back then was that he was a dope lyricist and he love to freestyle battle. That was like his thing. He challenge every single rapper he met. Do I never have the gust to freestyle battle him? Phew, thank God

[Verse 1: Altimet]
Hamba pendekar pena
Mereka ketika mereka lena
Berdendang kata tapi jarang leka
Teroka seloka seroja sempurna
Ukirkan namaku di gendang telinga
Pahatkan bahasku di dalam minda
Zapin lidahku kata berjimba
Dalam perigi ilham, dakwat bertimba

[Chorus 1: Zizi Kirana]
Lanang, longlai layu dibuai
Dayang dendang sayu melambai
Kanda beradu tikaman ahai (ahai)
Dinda beradu bergemalai

[Verse 2: Altimet]
Izinkan hamba sedetik saja
100 kerat lengkap sekelip mata
Tiada lukisan secelik kata
Tiada ludah api seterik hamba
Bukan bikin lilin nukil suria
Ilham ditu wangnya, itu kurnia
Tegak lurus, dalam jurus, tatasusila
Lawan menyampah menyumpah

[Chorus 2: Zizi Kirana]
Lanang mengorak laju-laju
Jangan menyimpuh marah mahu
Kanda nakhoda lautan Cina
Dinda puteri langit kelima
Pantas kau berdampingan arjuna
Hai teruna hentikan seloka
Lagak jalak rupanya serama

[Verse 3: Altimet]
Kata susun rapi
Tusuk rusuk hati
Tak cukup 7 kali
Hamba cucuk lagi
Sampai subuh pagi
Bilah utuh jati
Takkan surut mati
Patah tumbuh lagi
[Bridge: Zizi Kirana]
Aku dara sewangi kemboja
Dikalung nian bercahaya
Bintang dan purnama

[Outro: Altimet]
Rentak berlagu
Medan rentap aku
Tegakkan nahu untuk sentapkan kamu
Dan kalau kamu mahu
Cekap beradu
Jangan selalu nyenyak beradu!