Orkes A Hizadin
Merajuk
[Verse 1]
Merajuk tak berhenti adakalanya sehingga seminggu
Fikiran tak berhenti fikirkan cara memujuk dirimu
Oh si jantung hati
Tak usah merajuk lagi

[Verse 2]
Adakala sebentar merajuk akan bertukar ke senyum
Fikiran yang berputar kembali tenang melontarkan senyum
Dan ku jatuh hati
Dengan senyumanmu lagi

[Chorus]
Sayang, kaulah cahaya bahagia ku
Bila malam kelam kamu yang menemani waktu
Sayang, apalah ada dalam mindamu
Usah bimbang pujukanku kan menemani kamu

[Verse 3]
Merajuk tak semestinya terlalu lama hingga seminggu
Fikiran dah mengerti fikir apa yang di hatimu mahu
Oh si jantung hati
Tak usah merajuk lagi

[Verse 4]
Adakala sementara biarkan saja dukalaramu
Fikiran kan bertukar arah kembali tenang amarahmu
Dan ku jatuh hati
Dengan senyumanmu lagi
[Chorus]
Sayang, kaulah cahaya bahagia ku
Bila malam kelam kamu yang menemani waktu
Sayang, apalah ada dalam mindamu
Usah bimbang pujukanku kan menemani kamu

[Outro]
Oh si jantung hati
Tak usah merajuk lagi