A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z #

Tupac Thug Theory

"Gaya Sama"

Gaya sama

Dalam perjalanan yang tak tumpu ke bucu
Kekal tuju ke mercu kebal memburu tak tunggu
Layarkan kata minda biar subur rumi
Ya, Hingar bingar bunyi ku ganti seni bunyi

Sembunyi masih menyorok sebalik tabir tertutup
Kadang serlah ciptaan tak dilupa walau redup
Memancar atau saat dia sunyi
Karya masih dicari pengkaji daki mimpi

Darah mengalir mengikut aliran yang sama
Kau sama aku sama kita sama manusia
Ke tempat-tempat tertentu dan tepat pekat ke situ
Dan dari west to the east dia buat jadi satu

Satu, alunan makna di kata
Gatra di bicarakan rasa cuba diluah
Meratah tiap tabuh ikut rentaknya tempo boombap brah, sampai pagi walaupun nampak patah

Chorus :
Tengok siapa kembali dengan gaya yang sama
Gaya takkan ditiru ku satu dalam sejuta
Mereka bla,bla,bla dah buta tunjuk mada
Madahku seru cegah buruk baik ku puja
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z #


All lyrics are property and copyright of their owners. All lyrics provided for educational purposes and personal use only.
Copyright © 2017-2019 Lyrics.lol